Senin, 17 Maret 2014

  Iowa - Demi menyelamatkan isterinya dari serangan anjing ganas, seorang lelaki di Iowa, Amerika Syarikat   nekat menggigit balik anjing tersebut. Lelaki ini menggigit si anjing tepat di bahagian muncungnya, hingga anjing tersebut lari.

Pasangan suami-isteri, Caren dan Laine Henry ini diserang anjing jenis Labrador seberat 12 kg pada Khamis (2/5) waktu setempat. Insiden ini terjadi di dekat rumah ayah Laine di Madrid, Iowa, AS.

Menurut Caren, anjing tersebut melompat ke arahnya dan mengigit bahagian perut dan paha sebelah kanan. Anjing tersebut kemudian mencakar mata dan hidung Caren hingga berdarah. Suami Caren, Laine berusaha membantunya tapi malah kena gigit di bahagian lengan.

"Situasi boleh saja menjadi lebih buruk. Jika saya tidak memakai kacamata hitam, saya yakin saya akan kehilangan sebelah mata. Jika anjing itu bertinjauan mencengkeram tenggorakan saya, saya pasti sudah mati," ujar Caren seperti dilansir Fox News, Sabtu (4/5/2013).

Meski mendapat perlawanan, anjing tersebut sama sekali tidak melepaskan cengkeramannya dari Caren. "Hingga akhirnya, suami saya menggigit muncung anjing tersebut dan dia pun lari," terangnya.

Akibat serangan anjing tersebut, Caren harus menjalani operasi di bahagian hidungnya yang telah sobek.

Tidak diketahui pasti siapa pemilik anjing ini. Sejumlah warga setempat yang pernah melihat anjing ini mengaku, anjing tersebut dirawat oleh seorang gelandangan. detikNews

Minggu, 16 Maret 2014

Salam semua,


Keputusan Peperiksaan Matrikulasi Semester 2

Para pelajar yang menduduki Peperiksaan Semester 2 Sesi 2011/2012 (PSPM 2 11/12) boleh menyemak keputusan pada 29 Mei 2012 bermula 10 pagi. Namun begitu ia hanyalah jangkaan, tiada pengumuman dibuat setakat artikel ini ditulis.
Cara Semakan Keputusan
Calon boleh menyemak keputusan melalui beberapa cara :
1) Online – Boleh semak secara online di laman web ini : semakan keputusan peperiksaan matrikulasi semester 2
2) SMS –  Sila taip MOE MAK <no kad pengenalan> dan hantar ke 15888
3) Telefon – Hubungi kolej masing masing atau hubungi sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM di talian 03 8884 4022
[sumber]

Jumat, 14 Maret 2014


Kebiasaannya ramai yang mengimpikan majlis perkahwinan mereka dibuat berkonsepkan ‘garden wedding’ yang dilihat lebih romantis buat para tetamu dan juga kedua mempelai pada hari berbahagia itu.

Namun perkara ini berlainan buat pelakon kelahiran Pasir Puteh, Kelantan, Fizo Omar yang mengimpikan majlis perkahwinannya dalam suasana di padang bola bagi menjemput peminat dan masyarakat sekitar negeri tersebut.

Dia juga mengatakan perkahwinannya perlu dihebahkan kepada orang ramai, jadi untuk tidak menghampakan peminatnya, dia mengharapkan impiannya itu dapat dicapai kelak.

“Buat masa ini saya sudah dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan hubungan saya dan dia (Mawar Abdul Karim) yang merupakan model dan anak pengusaha tudung berjenama Fareeda mendapat persetujuan ibu bapa kedua belah pihak,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.

Fizo juga mendedahkan dia bakal bertunang pada November ini dan mendirikan rumah tangga dalam tahun ini juga.

Semoga perkara yang direncana oleh Fizo dan keluarganya berjalan lancar dan dipermudahkan semuanya.

Oleh: AUDREY LEE

Kamis, 13 Maret 2014

Sama ada mitos ataupun benar, lagun-lagun itu dikatakan mampu menyembuhkan segala jenis penyakit baik daripada jerawat batu sehinggalah reumatik.

SANTAI berendam dalam lopak lumpur.

ADA yang menggelarnya Lagun Ajaib manakala selebihnya menyifatkannya Lagun Awet Muda. Tetapi, yang pasti, kelompok lagun-lagun di Chilca ini dianugerahi lumpur istimewa yang memiliki struktur molekul unik.
Para doktor dan saintis tempatan pula mendakwa, manfaat penyembuhan lumpur ini mungkin berpunca daripada radiasi yang tertinjauan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO) yang kerap dilihat di kawasan itu.

Terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Lima, Peru, Chilca berpusat di antara Kota Tokong Pachacamac dan Nazca Lines yang penuh misteri.

LAGUN lumpur di Chilca ini bagaikan sebuah spa gergasi.

Terkenal dengan lagun-lagun penyembuhnya, lumpur ajaib serta UFO, kawasan itu sering dibanjiri oleh ribuan orang khasnya pada musim cuti panas. Pada ketika itu, keseluruhan kampung bertukar wajah menjadi sebuah spa gergasi.
Mungkin sebab itulah, pengusaha-pengusaha restoran dan rumah tumpangan boleh tersenyum riang mengenangkan kunjungan penginap yang tiada bernoktah.
Ketenangan padang pasir yang kering kontang ditambah pula dengan persisiran pantai akua marin serta kekayaan mineral di lagun yang berwarna unik itu sekali gus meningkatkan kualiti mistik kawasan tersebut.

RAMAI yang percaya lumpur di lagun Chilca mempunyai kuasa penyembuh ajaib.

Sama ada mitos ataupun kenyataan, lagun-lagun itu dikatakan mampu menyembuhkan segala jenis penyakit baik daripada jerawat batu sehinggalah reumatik atau ketidaksuburan.
Atas dasar kepercayaan itulah, sejumlah besar pesakit yang datang dengan penyakit akhirnya pulang dengan kesihatan yang lebih baik. Mandian lumpur di La Milagrosa iaitu Lagun Ajaib turut menjadi tarikan segelintir orang yang datang sekadar untuk bersantai.
Lumpur yang memiliki ciri-ciri perubatan sememangnya merupakan sejenis rawatan popular dalam kaedah naturopati. Kaya dengan bahan-bahan mineral seperti sulfur, zat besi dan kalsium, lumpur dipercayai mempunyai kuasa penyembuhan ke atas pelbagai jenis masalah berbeza.
Sapuan lumpur yang kaya dengan nutrien pada kulit bertindak sebagai pengelupas natural untuk mengukuhkan semula sel-sel kulit dan menyingkirkan toksin.
Sebaik tubuh disapu lumpur, para pengunjung akan merehatkan diri di bawah sinaran matahari terik dan membiarkan lumpur kering sepenuhnya. Satu rahsia rawatan ini adalah, membiarkan lumpur betul-betul kering dan beberapa sesi rawatan diperlukan bagi mendapatkan tinjauan terbaik.
Lagun penuh keajaiban ini terkenal dengan air berwarna agak kehijauan yang disyorkan untuk mereka yang mengalami masalah kulit. Lagun Godaan pula dipercayai memiliki keupayaan menggoda. Lumpur-lumpur di lagun ini disarankan kepada pesakit yang berdepan dengan penyakit mata, saraf, sendi dan tekanan darah tinggi.

UNTUK mendapat kesan penyembuhan terbaik, pengunjung perlu membiarkan lumpur kering sepenuhnya.

Menariknya, satu lagi lagun iaitu Lagun Mellicera dikatakan mampu meningkatkan kadar kesuburan dan telah menyumbang kepada kelahiran sejumlah anak kembar di perkampungan tersebut.
Pernah digunakan untuk merawat penyakit kulit, tulang dan melegakan pesakit diabetes, Lagun Mellicera mempunyai satu kisah legenda yang istimewa.
Mengikut cerita, suatu ketika dahulu, seorang gergasi dipercayai sering mengunjungi dan berendam di lagun tersebut. Kejadian itu bagaimanapun dikatakan telah membuatkan penduduk Chilca takut untuk bermandi-manda di kawasan tersebut sehingga ke hari ini.
SUMBER

Rabu, 12 Maret 2014

SABAH 21 FEB: Dua lagi personaliti BN Sabah – bekas Menteri muda, Yapin Gimpoton dan bekas Timbalan Menteri Pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau menyertai KEADILAN.
Anwar 
Kedua-duanya – bekas ahli Berjaya, secara rasmi menyertai KEADILAN sewaktu lawatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina 10 Februari.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha KEADILAN Negeri, Roland Chia berkata, perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat Sabah.
“Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan,” katanya dipetik Malaysiakini.

Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon KEADILAN yang bertanding di Kadamaian – kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun 2008.
Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen Keningau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

Selasa, 11 Maret 2014

sinar
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
30 Oktober 2012
Akar umbi pertahan Nik Aziz
Mohd Amar (empat kiri) sewaktu mengadakan lawatan ke Kampus Limkokwing Akademik Kelantan, semalam.
KOTA BHARU - Pas Kelantan masih memerlukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui Kerajaan Negeri terutama dalam pilihan raya biarpun wujud tanggapan beliau sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Nik Abdul Aziz merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.

“Kami yang minta Tok Guru (Gelaran kepada Nik Abdul Aziz) untuk terus berkhidmat walaupun sudah  beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu beliau meluangkan masa selama tiga jam melawat Kampus Limkokwing Akademik Kelantan di sini, yang turut dihadiri oleh Ketua Akademiknya, Dr Zainal Abidin.

Katanya mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang seolah-olah bermati-matian mahukan Nik Abdul Aziz berundur, Mohd Amar menjelaskan hanya Pas yang lebih tahu siapa yang layak untuk memastikan Kelantan terus kekal di bawah pemerintahan Pas.

“Biar kami (orang Pas) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut.

“Pengekalan Tok Guru juga tiada kaitan dengan masalah dalaman tetapi kami sendiri mahukan beliau,” katanya.

Sementara itu, menjawab tuduhan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai makan gaji buta, Mohd Amar menafikan dakwaan itu sebaliknya beliau sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua sebaiknya.

Dalam kenyataan itu, Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz perlu berundur kerana beliau tidak boleh berfungsi mentadbir dan menjadi ketua kerajaan yang efektif, beliau tidak boleh jadi ketua pentadbir berkesan kerana keadaan yang uzur.

Mohd Amar berkata, sebagai menteri besar tanggungjawabnya hanyalah memberikan idea dan arahan manakala yang melaksanakan serta melakukannya adalah kerja exco.

“Jadi di sini tiada istilah makan gaji buta dan walaupun beliau uzur tetapi pemikiran dan pendapatnya masih diperlukan,” katanya.

Senin, 10 Maret 2014

Pengambilan pil tidur yang kronik boleh menjejaskan refleks ketika sedar, upaya penilaian, upaya ingatan dan kecerdasan keseluruhannya. Ironinya, pengguna pil tidur menyangka ia membantu membetulkan rutin malam mereka sedangkan ia sebenarnya menambahkan kesan buruk.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Pil tidur hanya membantu sedikit atau langsung tidak memperbaiki masalah tidur yang kronik sebaliknya menyebabkan kebergantungan kimia untuk jangka masa panjang. Selain mengurangkan aktiviti sel otak pada siang hari, ia juga merosakkan memori jangka pendek dan mengakibatkan rasa pening dan mabuk.

Seseorang yang terlebih dos pil tidur untuk jangka masa yang lama bukan sahaja merosakkan mekanisme saraf dalam tubuh, malah berisiko mendapat asfiksia (lemas akibat oksigen tidak dapat disampaikan ke tisu tubuh) dan juga maut.

Mereka yang berusia lebih daripada 40 tahun perlu berhati-hati dengan pengambilan pil tidur, manakala mereka yang berumur lebih daripada 65 tahun tidak patut mengambilnya. Sama seperti kesan alkohol atau barbiturat, pil tidur mencetus kesan hipnotik dan ketagihan yang berpanjangan.

Seterusnya ia merendahkan tahap kesedaran seseorang terhadap rasa sakit atau kemungkinan buruk. Sebab itulah pengguna pil tidur menyumbang kepada statistik kemalangan lalu lintas dan kes jatuh dari tempat tinggi kerana tidak berasa bimbang atau mahu menjaga diri mereka.

Lagi info tentang PIL TIDUR di SINI.

Minggu, 09 Maret 2014

Lagi cerita pasangan sejenis lain pula dengan cerita yang KA pok pek tempoh hari pasal gay. Even ini cerita mengenai lesbian (pengkid), sama je ceritanya pasal gay, wah...kenapa leh jadi macam ni? dunia nak kiamat ke? patut laa ramai kaum adam dapat pangkat "bujang telajak"

Jika kau seorang lesbian, kau boleh menjawab kau tidak minta untuk dilahirkan begitu. Jika kau seorang lesbian, kau boleh menjawab bukan kau yang minta mempunyai perasasaan sukakan kaum sejenis. Jika kau seorang lesbian, kau boleh menjawab itu hak kebebasan manusia. Jika kau seorang lesbian, kau boleh menjawab itu aku punya pasal. 



Bangga ke dapat upload gambar aksi tak senonoh ni dalam facebook? aduhai kalau ye pun fikir la dulu sebelum bertindak. Korang tahu tak gambar yang korang upload dalam ni takkan hilang buat selamanya? so malu la kalau sanak saudara tengok gambar tak senonoh dalam tandas ni buat aksi terlarang (18sx).

Kenapa KA cakap pics yang korang upload dalam "tenet" ni takkan hilang buat selamanya. Korang perasan tak setiap kali korang upload gambar dalam facebook atau sewaktu dengannya,perasaan tak apabila korang klik aje pada gambar korang pada mouse korang pada bahagian kanan ada tertulis "copy link" haha tu maksudnya gambar korang dah melekat kat dalam carian buat selamanya.



Gambar ni kami terima melalui email tidak pula dibagitahu siapa yang m`hantar tapi hanya bagitahu gambar ni diambil curi-curi melalui group lesbian yang bergiat aktif di Malaysia. Wah hebat siap ada group lagi

Sumber - Klik-Aje

Sabtu, 08 Maret 2014


KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedia bekerjasama dengan polis berhubung kes pembabitan pegawai JPN dengan kegiatan pemalsuan kad pengenalan di Miri, Sarawak.

Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said berkata JPN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati menyalahi undang-undang dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri.

“Tindakan susulan berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada akan diambil oleh pihak JPN,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JPN Jainisah Mohd Noor berkata segala jenis aktiviti pemalsuan MyKad adalah satu kesalahan jenayah dan individu yang terbabit boleh diberkas dan dikenakan hukuman penjara atau denda.

“Mengikut Akta 78 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) semua kesalahan ini jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Akhbar hari ini melaporkan seorang kakitangan JPN berumur lewat 50an bersama sepasang suami isteri ditahan pihak polis kerana disyaki terbabit dalam pemalsuan MyKad di sebuah rumah sewa di Pujut 2, Miri, Sarawak semalam.

Turut ditahan 13 warga Filipina termasuk enam wanita kerana disyaki memiliki kad pengenalan palsu. – BERNAMA

Jumat, 07 Maret 2014

August 08, 2013
 
Ramadan melabuhkan tirainya bukan sahaja satu simbol kemenangan bagi umat Islam setelah berpuasa selama sebulan dengan menahan hawa nafsu daripada makan dan minum namun ianya juga sebagai satu pendekatan kepada dua ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) bukan Islam bagi memahami dan mendalami kesusahan umat Islam berjuang menghadapi Ramadan.

Dua ahli parlimen yang dimaksudkan ialah Ahli Parlimen DAP Serdang Dr Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen PKR Batu Chua Tian Chan atau Tian Chua yang hampir berpuasa penuh sepanjang Ramadan sambil merasai sendiri pengalaman bersahur dan berpuasa sebagai ahli parlimen dalam bergelumang dengan kerenah masyarakat dari siang ke malam.

Ong yang meraih undi ketiga tertinggi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu mendapati sambutan Hari Raya kali ini sangat bererti kepada dirinya kerana pertama kali bergelar ‘Yang Berhormat’ di kawasan yang mempunyai lebih 50,000 pengundi Melayu selain berjaya berpuasa di kebanyakan hari dalam bulan Ramadan.

 Katanya, berpuasa bukan sahaja memberi faedah dari segi fizikal dan kerohanian namun beroleh semangat solidariti dengan komuniti yang lebih besar.
“Ramai bertanya adakah perbuatan saya berpuasa semata-mata satu sandiwara politik namun pada hakikatnya amalan ini telah saya amalkan sejak Ramadan lalu dengan mengehadkan pengambilan makanan pada siang hari.

“Sebab utama saya berpuasa adalah bagi mengukuhkan kawalan kendiri dari segi kawalan pemakanan dan juga merasai sendiri pengalaman orang Islam bagaimana mereka menahan daripada makan dan minum. Inilah masa terbaik bagi meraikan Ramadan bersama 60 peratus populariti umat Islam di Malaysia.
“Saya bersahur pada jam 5 pagi setiap hari dan berbuka pada waktu Maghrib bersama rakan beragama Islam mahupun menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk di Serdang.

"Sebelum ini saya sukar membayangkan untuk tidak minum selama 12 jam terutama menjadi seorang ahli parlimen yang perlu menghadiri sesi perdebatan ketika minggu pertama Ramadhan. Begitu juga berjumpa dengan pengundi dan media bagi menjelaskan sesuatu isu. Lama-kelamaan saya dapat membiasakan diri dengan tidak minum di siang hari,” katanya dalam satu artikel yang dihantar kepada The Malaysian Insider.

Katanya, keletihan pada waktu tengahari memang tidak dapat dielakkan terutama dua jam terakhir sebelum waktu berbuka puasa namun itulah cabaran bagi menjelaskan kepada rakan bukan Islam ketika bertemu mereka di waktu makan tengahari dan melihat mereka makan.

Beliau menjelaskan rakan-rakan beragama Islam banyak memberi galakan untuk berpuasa melalui Facebook dan Twitter mahupun pengundi di kawasan Serdang kerana kebanyakan mereka tidak pernah bertemu dengan orang bukan Islam yang berpuasa secara sukarela.
“Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi Shafie Ngah merupakan individu yang selalu memberi galakan untuk saya berpuasa dengan mendoakan diberi kekuatan untuk berpuasa.

“Pengalaman berbuka puasa di surau dan masjid menjadikan saya lebih dekat dengan penduduk yang penuh dengan rasa kekitaan dalam semangat berpuasa. Majlis berbuka puasa yang saya hadiri berbeza dengan buffet Ramadan di hotel mewah yang menyajikan pelbagai jenis hidangan.

“Saya merasakan semangat bermasyarakat ketika memberikan sumbangan raya kepada penduduk yang kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan warga emas,” katanya.
Ahli strategi DAP itu menambah Ramadan kali ini tidak akan sempurna tanpa sokongan daripada isteri tercinta yang menyediakan sahur pada jam 5 pagi setiap hari dengan menu seperti buah-buahan, bubur dan roti.

Katanya, banyak kenangan yang beliau peroleh semasa Ramadan antaranya ialah dapat berborak lebih lama bersama isteri semasa waktu sahur selain mendalami Bible dan membaca terjemahan surah A-Baqarah.

Sementara itu, Tian Chua semasa dihubungi The Malaysian Insider menjelaskan orang bukan Islam berpuasa sebenarnya tidak menjadi isu kerana agama lain juga mempunyai amalan berpuasa namun amalan itu bagi agama lain lebih bersifat individu seperti menunaikan hajat.

Katanya, berpuasa dalam Islam lebih menekankan aspek kebersamaan iaitu amalan puasa dilakukan oleh semua orang Islam yang mencukupi syarat-syaratnya.
“Hampir setiap tahun saya berpuasa sebagai tanda solidariti dengan rakan yang beragama Islam kerana sebagai ahli politik terlalu banyak menggunakan mulut seperti bercakap dan makan kenduri tanpa melakukan senaman, jadi dapat megurangkan beban perut supaya berehat.

“Pagi bersahur saya akan banyak minum air dan makan banyak buah-buahan kerana pada jam 12 tengah malam  sebilangan rakyat Malaysia masih menikmati hidangan tengah malam,” katanya.
Semua pengalaman ini menjadikan mereka rapat dengan umat Islam yang berpuasa dan berhari raya selepas menunaikan puasa. - 8 Ogos, 2013. TMI

Kamis, 06 Maret 2014

Penampakan Baterai Masa Depan: 



Para insinyur dari Massachusetts Institute of Technology telah mengembangkan sebuah baterai yang dapat diisi kembali hanya dalam bilangan detik. Dengan baterai jenis ini, tak perlu lagi mengecas baterai berjam-jam, hingga pengguna malah sering kelupaan.
Menurut Gerbrand Ceder, profesor di bidang ilmu dan rekayasa material dari MIT, material yang digunakan baterai ini bukan material baru. Namun, dengan modifikasi sederhana, ia menemukan baterai ini.
Baterai berbahan hampir sama dengan yang banyak beredar saat ini, baterai Lithium. Li-Ion memang mampu menyimpan energi dalam jumlah besar. Kelemahannya, baterai Li-Ion sangat lambat untuk memuat listrik maupun menyalurkannya kembali.
di satu sisi, ini membuatnya memiliki usia dan ketahanan hidup yang lama. Namun di sisi lain, teknologi ini sulit diterapkan untuk aplikasi yang membutuhkan kecepatan mengisi listrik dan diisi kembali.
Untuk mendapatkan sebuah baterai yang bisa mengecas dengan cepat, Ceder membuatkan saluran jalur cepat atau terowongan di dalam baterai. terowongan itu akan mempercepat perpindahan energi listrik melalui bahan lithium iron phospate.
“Perhitungan kami, menunjukkan bahwa bahan Lithium Ion sebenarnya bisa bergerak cepat melalui terowongan,” kata Ceder, melalui rilis yang dikutip oleh situs Tgdaily.
Dengan teknik baru ini, sebuah baterai akan bisa mengisi dan diisi hanya dalam waktu 10-20 detik. Hebatnya lagi, tak seperti baterai Li-Ion biasa yang mengalami degradasi setiap saat ia dicas kembali, baterai ini tidak mengalami degradasi.
Sebab, struktur permukaan baterai ini telah dimodifikasi. Altinjauan, usia baterai ini pun, akan lebih lama. Baterai ini nantinya juga akan lebih ringan daripada baterai biasa, karena hanya akan menggunakan sedikit material untuk membangkitkan jumlah muatan listrik yang sama.
Baterai ini juga lebih aman, karena Lithium iron phospate tak akan mengalami overheating seperti halnya yang terjadi pada banyak baterai laptop dan gadget-gadget lainnya.
Kemampuan pengisian muatan listrik yang cepat, membuat baterai ini cocok bagi aplikasi otomotif. Dengan teknologi ini ia bisa mengisi kendaraan bertenaga listrik dengan kecepatan yang tak kalah dari pengisian bahan bakar bensin pada kendaraan konvensional.
Kini, Ceder telah membuat purwarupa baterai ini. Beberapa perusahaan telah tertarik dengan teknologi baru ini. Namun Ceder memperkirakan produk ini baru bisa dipasarkan antara 2-3 tahun ke depan.

Rabu, 05 Maret 2014

KETIGA-tiga penjenayah mati ditembak di tempat kejadian
KUALA LUMPUR: Polis menembak mati tiga lelaki berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar di sini hari ini, lebih tiga jam selepas mereka menyamun seorang wanita di luar sebuah bank di Bayu Perdana, Klang.
Ketiga-tiga mereka yang menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam diekori sepasukan anggota Jenayah Berat (D9) Selangor sejak pukul 11.30 pagi selepas mereka melarikan wang tunai lebih RM2,000 daripada wanita itu.
Kereta itu dan sebuah lagi kereta Proton Wira hitam dilapor menghimpit di hadapan dan belakang serta menghalang laluan kereta seorang wanita yang baru keluar dari bank sebelum sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki menghampiri dan memecahkan cermin kereta wanita itu.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata kumpulan lelaki terbabit kemudian melarikan diri menghala ke Gombak.

Anggota polis unit forensik memeriksa salah seorang mayat suspek yang ditembak mati di Lebuhraya Duke berdekatan Plaza Tol Sentul Pasar menghala ke Gombak di Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam kejadian kira-kira 3.20 petang, pihak polis telah menembak mati tiga orang suspek kes samun yang berlaku di Klang Selatan baru-baru ini. 
“Setibanya berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar, polis cuba menahan kereta itu tetapi seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah polis dan polis membalas tembakan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Abdul Rahim berkata sebuah lagi kereta yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian samun wanita itu, ditemui ditinggalkan di tepi lebuh raya berhampiran lokasi kejadian tembak itu.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kedua-dua kenderaan itu didaftarkan atas nama rakyat Indonesia.
Tanpa mendedahkan identiti ketiga-tiga lelaki yang ditembak mati itu, Abdul Rahim berkata polis percaya kumpulan terbabit turut mempunyai kaitan dengan kejadian samun di Subang Jaya pada Isnin lepas melibatkan wang RM35,000 yang dikeluarkan untuk majlis korban.
“Kami percaya mereka adalah penjenayah yang sering melakukan jenayah samun di luar bank di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Polis kini melancarkan gerakan memburu sebuah motosikal yang terbabit dalam kejadian samun itu serta sebuah lagi Proton Wira juga berwarna hitam yang mempunyai kaitan dengan kumpulan itu.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan terbabit diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
sumber

Selasa, 04 Maret 2014

Kadal adalah salah satu dari keluarga reptilian yang telah bertahan selama jutaan tahun, di masa itu pula mereka berjuang untuk bertahan dengan cara bertahan dari serangan predator lainnya atau berburu mangsanya, dari yang didunia,net tau beberapa memiliki bisa atau racun dan beberapa lagi memiliki bentuk yang mengerikan, ini bertujuan untuk menakut-nakuti musuhnya agar segera pergi dan menjauh darinya. dan inilah 7 Kadal yang memiliki bentuk paling mengerikan didunia.
 

7. Phrynocephalus


Juga disebut Toadhead Agama, kadal kecil yang tinggal di gurun ini menunjukkan beberapa perilaku anehnya. Mereka berkomunikasi satu sama lain dengan mneurunkan dan menaikkan ekor mereka, tubuh mereka bergetar saat mengubur dirinya sendiri dengan cepat di pasir dan akan menakut-nakuti predator dengan tampangnya yang aneh sekaligus sangar, mulut yang berwarna-warni, terlihat di sini.


6. Phrynosoma 


Kadal ini berjuluk "kodok bertanduk", tubuh gemuk meliputi tanduk pelindung yang tebal dan duri. Mendiami lahan kering, lingkungan berpasir, mereka makan semut dan yang mengagumkan membanggakan salah satu mekanisme yang paling mengerikan pada perthanan alam. Ketika ketakutan, beberapa spesies dapat mengalirkan tekanan darah di kepala mereka sampai pembuluh kecil di sekitar mata mereka pecah, menyemprotkan aliran darah kepada si penyerang.

kemungkinan sejenis darah yang asam ini diambil dari asam pada semut, memungkinkan mamalia predator tahu bahwa menyerang kadal gemuk ini hanya membuang-buang waktu mereka. namun Sayangnya, burung tidak terlalu perduli dengan semprotan kecut ini


5. Moloch horridus


Meskipun sama sekali tidak berhubungan dengan kodok bertanduk, atau kadal "setan berduri" ,"moloch" telah mengembangkan banyak karakteristik yang sama dalam menanggapi lingkungan padang pasir, termasuk badan berduri, Enteflase berpasir dan diet dengan mengkonsumsi semut. Duri mereka membuat kadal ini agak sulit untuk ditelan oleh sang predator.


4. Hydrosaurus pustulatus


Melihat seperti merangkak langsung dari zaman Permian, kadal sailfin Filipina adalah omnivora amfibi pemakan buah-buahan, kacang-kacangan dan mangsa serangga kecil lainnya di dekat sungai tropis.

Jari-jari kaki mereka diratakan memungkinkan spesimen kecil untuk melarikan diri predator dengan berjalan di atas air, suatu sifat yang juga dimiliki dengan kadal "Basilisk" atau kadal "JEsus".jantan dewasa yang dikenal mempunyai warna biru yang indah, merah atau bahkan pola warna ungu, yang dapat Anda lihat di sini:


3. Amblyrhynchus cristatus 


Iguana laut kepulauan Galapagos ini membanggakan gaya hidup yang tidak dimiliki oleh reptil lain; seperti penguin atau singa laut, mereka menghabiskan seluruh hidup mereka di garis pantai, menyelam ke dalam air untuk makanan mereka. Charles Darwin dikenal jijik oleh hewan-hewan ini ketika ia pertama kali menemukannya, dan menyebut kadal ini dengan julukan "�imps of darkness.�


2. Heloderma suspectum 


Hampir mirip dengan "kadal manik-manik," Gila Monster pernah diakui sebagai salah satu kadal di dunia dengan gigitan berbisa, memberikan neurotoksin yang menyakitkan melalui alur gigi tajam ang kecil, Kita sekarang tahu bahwa kadal lain ada juga yang memiliki bisa,meski dengan racun ringan, dan kadal "GIla Monster" masih yang paling beracun.


1. Varanus komodoensis 


Komodo adalah kadal karnivora terbesar yang masih hidup saat ini , kadang-kadang mencapai hampir sepuluh meter panjangnya. Meskipun banyak dari makanan mereka bangkai busuk, mereka juga akan mengejar mangsa hidup yang besar seperti rusa untuk memberikan satu gigitan, setelah itu mereka hanya perlu menunggu saat korban mulai kehilangan darah dan terkena infeksi.

Berkat pola makan bangkai , air liur mereka cukup kaya dengan bakteri serius yang bisa melemahkan mangsa, dan studi terbaru menunjukkan bahwa mereka juga memiliki racun. Selain itu, naga asli Indonesia ini dapat mengendurkan rahang mereka, meregangkan leher mereka dan mengeluarkan pelumas lendir berwarna merahuntuk menelan mayat secara utuh.
 
 
sumber

Senin, 03 Maret 2014

Candi itu sebenarnya berukuran cukup kecil dengan bentuk yang terlihat tidak begitu jelas bila dilihat secara sepintas. tetapi begitu kita menyimak bangunan candi itu dengan seksama, ternyata di candi itu banyak terdapat keindahan yang terdapat pada relief-reliefnya.

Candi itu adalah Candi Mirigambar yang berada  di Dusun Mirigambar Desa Mirigambar Kecamatan Sumbergempol, Tulungagung – Jawa Timur, ada sebuah bangunan candi bernama Candi Mirigambar. Bila dilihat sepintas memang tak ada yang menarik dari Candi Mirigambar yang berlokasi di dekat perkampungan dan persawahan itu. 

Bentuk bangunannya cukup kecil dengan keadaan beberapa bagian bangunannya tampak seperti mau ambruk saja. Disamping juga karena banyaknya lumut dan jamur di susunan batu candinya yang terbuat dari batu bata merah.

Namun jika mengamati relief-relief di dinding candi itu, ada yang menarik perhatian dengan adanya beberapa relief bergambar satwa seperti kelinci, anjing, burung, singa, dan udang. Konon, relief bergambar udang di Candi Mirigambar itu cuma ada di candi ini dan merupakan satu-satunya diantara candi-candi di Indonesia. 

Ada juga beberapa relief sosok pria seperti seorang raja, ningrat atau keturunan bangsawan entah itu siapa yang dikelilingi oleh sosok lainnya semacam pembesar di kerajaan. Relief pria ningrat itu juga tampak menghiasi di bagian depan kaki candi sebelah kanan dan kiri. 
Relief perahu yang didayung beberapa pria juga menghiasi dinding candi Mirigambar. Entah apa makna dan hubungan relief sosok pria dan yang lainnya itu dengan relief aneka satwa yang ada. 

Warga setempat menganggap relief-relief itu sebagai adegan dalam kisah Angling Darma. Sementara ada ahli sejarah yang berpendapat bahwa relief-relief itu berkisah tentang kisah Panji yang bisa dikenali karena memakai tekes ( blangkon ), bertelanjang dada dan memakai penutup kain pada bagian bawahnya. 


“ Sayang, ada tiga panel relief candi yang hilang karena dijarah pencuri. Termasuk relief bergambar kelinci ,” ujar Suyoto (37), juru pelihara Candi Mirigambar sambil menunjukkan letak relief-relief itu yang tampak ‘ kosong ‘ dan hanya tinggal lubang bekas penjarahan saja.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------

Break Session :

Baca juga artikel-artikel menarik lainnya di Blog ini dengan Langsung KLIK Link di bawah ini atau kata-kata berwarna Biru lainnya :
  
OLeh-oleh Khas Tuban 

Bau Amis Darah Di Museum Kesehatan
Bunker Roti Manis Peninggalan Belanda Di Surabaya 
Pakaian Dokter Jawa Di Jawa Pada Masa Lampau  
Selaksa Kekaguman Di Wisata Gunung Kelud 
Arca-arca Yang Indah Di candi Penataran

Bisnis Tokek Yang Menggiurkan Ala Probolinggo
Foto Rongten Korban Santet Di Surabaya
Ruangan Dunia Lain Di Museum Kesehatan
Tengkorak Manusia Koleksi Museum Santet 
Makam Residen Belanda Yang Terlantar Di Surabaya

KRI Dewa Ruci Yang Legendaris Di Surabaya 
Kambing Bertanduk Empat Di Kebun Binatang Blitar 
Peringatan Hari Armada RI ke 67 Di Surabaya
Sembahyang Umat Hindu Di Gunung Kelud 
Patung Kuno Yang Dijarah Di Makam Belanda

Ancaman Maut Di Anak Gunung Kelud 
Jejak Vandalisme Makam Belanda Di Surabaya
Spa Alami Di Wisata Gunung Kelud 
Penampakan Hantu Di Petilasan Gembul
Kelenteng Boo Hway Bio Yang Indah Di Mojoagung

Misteri Gedung Singa Di Kota Surabaya
Nuansa Menegangkan Di Terowongan Gunung Kelud
Tauwa, Kuliner Peranakan Tionghoa Di Nusantara
Sayembara Unik Mengangkat Mesin Ketik Kuno
Sejuta Kekaguman Di Wisata Gunung Kelud

Mobil Mercedes Benz Kuno Peninggalan Bung Karno 
Relief yang Erotis Di Candi Penataran
Nostalgia Bung Karno Dengan Tokoh-tokoh Dunia
Gereja Batu Yang Unik Di Puhsarang Kediri
Patung Budha Sedang Tidur Di Mojokerto

Nostalgia Bung Karno dengan Tokoh Populer Dunia
Relief yang Erotis Di Candi Penataran
Kelenteng Hok Liong Kiong Yang Indah Di Jombang
Patung Makco Thian Shang Sen Mu Di Kediri 
Masjid Cheng Ho Yang Indah Unik Di Surabaya 

Jejak Bioskop Peninggalan Dinasti Sampoerna
Nuansa Misteri Di Mercusuar Sembilangan Madura
Patung Dewi Kwan Im Di Pantai Surabaya
Jejak Kerajaan Majapahit Di Candi Brahu
Jejak Makam Belanda Di Kota Surabaya

Sisi Lain Monumen Tugu Pahlawan Surabaya 
Ragam Kapal dan Perahu Tradisional di Lamongan 
Sosok Dokter Perintis Museum SANTET  
Meriahnya Parade Senja Di Grahadi Surabaya 
Pura Mandara Giri Semeru Yang Megah Di Lumajang

Relief Kucing Di Kelenteng Tjoe Ling Kiong - Tuban
Kota TEXAS Di Lamongan 
Museum Yang Menyimpan Benda-Benda Santet 
Harimau dan Singa Liar Di Lamongan
Benda-benda Bernuansa Mistis dan Magis di Museum
Bisnis Tokek Yang Menggiurkan Ala Probolinggo

Kuda Unik Yang Bermahkota dan Bersayap
Jejak Sekolah Presiden Soekarno Di Surabaya
Monumen Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk Di Lamongan
Kisah Ali Baba Di Istana Boneka
Lukisan Ala Komik Di Kelenteng Bojonegoro 

Gadis di Tuban  Penarik Truck Dengan Menggunakan Rambut dan Gigi
Kerangka Gajah Purba Di Lamongan
Wisata Religi Di Makam Sunan Giri
Nasi Krawu Yang Nikmat dan Khas Gresik
Kue Pudak yang Nikmat dan Khas Gresik

Gedung Setan Yang Terkenal Di Surabaya
Mengenang Marching Band Sampoerna Yang Fenomenal
Indahnya Panorama Senja Di Pantai Kartini 
Pasar Tradisional Di Ranuyoso Yang Eksotis
Kelenteng Sumber  Naga Di Kota Probolinggo  

Nenek Penghuni Hutan Pinus Di Banyuwangi 
Bunker Peninggalan Belanda Di Surabaya
Wisata Guci Alit Yang Indah Di Lumajang 
Pura Luhur Poten Di Lautan Pasir Gunung Bromo

Souvenir Ongkek Yang Unik dan Khas Tuban
Mushola Unik Di Dalam Gua Akbar 
Pantai Sowan Yang Indah dan Alami
Rumah Serangga Di Lamongan
Meraup Kesegaran Alami Di Pemandian Bektiharjo
Iklan Pajak Keliru Ala Tuban 

Kelenteng Hong Tiek Hian - Surabaya
Makam Siti Fatimah Binti Maimun Yang Unik 
Harimau di kelenteng Kwan Sing Bio 


Wanita Mini 75 cm dari Tuban 
Nuansa Nostalgia Di Pantai Tasikharjo Tuban 
Tradisi Bubur Suruh Di Makam Sunan Bonang
Buah Kenitu Yang Nikmat Dan Segar 
Kesenian Jaran Bodag Yang Eksotis dari Probolinggo

Bertemu Bajak Laut Di Lamongan
Indahnya Pasar Bunga Kayun Di Surabaya
Wisat` Laut Tuban Yang Mengecewakan
Makam Panjang 9 Meter di Gresik
Arca-arca Kuno Di Pemandian Banyu Biru  
Relief Erotis Di Situs Gua Pasir 

Rumah Kucing Di Lamongan 
Pesona Kuda Jingkrak di Tuban
Rumah Sakit Hantu Di Lamongan 
Foto Gus Dur di Kelenteng Boen Bio 
Gulai Kacang Hijau Yang Unik Ala Surabaya

Nuansa Horor Di Museum Kesehatan
Sumber Air Tawar Di Pantai Boom Tuban 
Ikon Ala Nazi di Kelenteng Kwan Sing Bio
Situs Bangunan Kuno Di Kayangan Api 

Camilan Ampo Yang Terbuat dari Tanah
Menguji Adrenalin di Watu Ondo
Rambu Ala Slankers Di Bojonegoro
Buah Kepel Sebagai Deodoran Alami
Kelenteng Mungil Poo Tong Biaw di Besuki

Nikmat dan Segarnya Es Dawet Siwalan
Indahnya Alun-alun Tuban di Malam Hari
Pesona Kesegaran Air Terjun Sri Getuk
Ribuan Ikan dan Kelelawar di Gua Ngerong
Gemerlap Istana Dalam Gua 
 

Rumah Gajah Mungkur Yang Indah Dan Unik
Museum Anak Kolong Tangga
Jangkar Bermata Empat Di Museum Kambang Putih
Pesona Keindahan Candi Prambanan
Parade Foto-foto Indah Karya Brutuis

Pondok Pesantren Dalam Gua Yang Fenomenal
Minuman Legen Yang Nikmat dan Segar
Jejak Majapahit di Candi Jabung  
Uang Lama Dan Kuno Keluaran Probolinggo
Kesenian Singo Ulung Yang Eksotis Dari Bondowoso

Relika Makam Walisongo Di Lamongan
Nikmatnya Jajanan Ala Kampung Ampel - Surabaya 
Mobil Rolls Royce Kuno Milik Dinasti Sampoerna 
Pesawat Nomad TNI Angkatan Laut  Di Museum Probolinggo 
Gereja Merah Yang Unik Di Probolinggo 

 Tips Mencari  Dan Mendapatkan Pemasang Iklan Di Blog

 Tips Mencari dan Mendapatkan Pemasang Iklan Di Blog #2


Tips Mencari dan Mendapatkan Pemasang Iklan Di Blog #3 

Mengenal Karakter Pemasang Iklan Di Blog 
================================================================
 
Candi Mirigambar memiliki panjang 50 m, lebar 7,70 m dan tinggi 2,35 m ini merupakan candi tunggal karena tidak memiliki candi perwara di sekitarnya. Dengan sebuah undakan pada sisi barat yang dipenuhi oleh ornament relief-relief yang terpahat cukup halus itu. 
 
Pada sisi utara,timur dan selatan terdapat bas-relief, dan di sudut tenggara terdapat sebuh pilaster yang kedua sisinya melukiskan seekor burung garuda. Pada bagian batu candi terdapat angka tahun 1214 Ç sedangkan dua buah lainnya yang berukuran panjang lebih kecil berangka tahun 1310 Ç. 

Ditilik dari kronogramnya, pembangunan candi Mirigambar diperkirakan sejak akhir pemerintahan Kertanegara (Singosari) hingga masa pemerintahan Hayam Wuruk (Majapahit). Candi Mirigambar ini memang cukup menarik untuk dikunjungi. 


Walau pada musim kemarau masih terdapat lumut dan jamur di beberapa bangunan candi, namun musim kemarau adalah saat yang tepat mengunjungi Candi Mirigambar 

Karena kondisi candi dan lingkungannya yang terlihat cukup bersih dan bisa menikmati relief-relief candi dengan detail. Berbeda keadaannya jika mengunjungi candi Mirigambar pada musim penghujan.


 “ Pada musim penghujan, bangunan candi lebih banyak ditumbuhi lumut dan lebih lama proses pembersihannya. Lingkungan di sekitar candi juga sangat lembab,” ujar Suyoto. Tidak jelas kapan candi Mirigambar ditemukan. 


Namun sebuah laporan Belanda tahun 1915 menyebutkan bahwa kondisi candi tidak jauh beda dengan sekarang. Menurut foto dari N.J.Krom, bagian timur candi sudah rusak namun masih terdapat relief. 

Ada gapura masuk yang lebih tinggi, dengan beberapa relief di kaki candi yang masih ada dan masih utuh. relief bergambar kelinci dan juga pilaster jbergambar garuda masih terdapat di beberapa sudut candi. 
  

Candi Mirigambar pernah dipugar pada sekitar tahun 1970 dengan pemugaran hanya sebatas menegakkan kembali badan candi yang miring, namun tidak sampai tegak sepenuhnya. 

Pada saat itu para ahli memasang besi pada pondasi candi agar candi tidak semakin miring. Selain bertujuan juga agar akar pohon beringin tidak sampai menjalar masuk ke dalam candi dan merusak candi tersebut. 

Walau bentuknya nan mungil dan sederhana, ada banyak kisah yang cukup menarik di Candi Mirigambar - Tulungagung ini. 


Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!