Tampilkan postingan dengan label kanak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kanak. Tampilkan semua postingan

Senin, 03 Februari 2014

Gambar hiasan,  para suspek pengguna dan pengedar dadah jenis pil  methamphetamine ketika operasi   di Mapolres Kediri Kota, Jawa Timur, Selasa (5/2/2013). | Kompas.com/ M. Agus Fauzul Hakim
KOMPAS.com — Polis  menemui seorang kanak-kanak tujuh tahun menangis di sebuah perhentian bas di Kanchanaburi, Thailand. Ketika diperiksa, kanak-kanak itu didapati membawa 10,000 pil koplo alias methamphetamine dibeg  galasnya. "Kami percaya dia dijadikan penghantar dadah," kata Ketua  Polis  Daerah Thong Pha Phum Kanchanaburi Kolonel Amnuay Pongsawat kepada AFP, Sabtu (23/11/2013).
Menurut penuturan Amnuay, polis  sukar mendapatkan informasi lebih lanjut, sebab kanak-kanak itu tak boleh berbahasa Thailand. "Ia berasal dari Myanmar," kata Amnuay.

Amnuay menambahkan, barang-barang haram itu disimpan di dalam 50 kantong plastik kecil. Kantong-kantong itu lalu dimasukkan ke dalam dua botol susu bayi.

Sementara itu, PBB sebelumnya sudah mewanti-wanti kalau para pengedar dadah kini memanfaatkan kanak-kanak di bawah umur menjadi kurir. Modus kejahatan itu makin kelihatan di Asia.
 
Di Thailand, pil methamphetamine dikenal dengan nama "yaba". Artinya, ubat gila. Para pengedar dadah di Thailand biasanya menjual yaba di kalangan pekerja bawahan.

Otoriti antinarkotik Thailand tahun lalu menyita 95.3 juta pil koplo. Angka itu naik 93 peratus dibanding 2011. Myanmar menjadi terkenal kerana dianggap menjadi tempat bagi pengeluar dan penysedaran pil methamphetamine ke Thailand.

Senin, 23 Desember 2013


ANDA masih ingat seorang kanak-kanak perempuan bernama Lily Clem dua tahun lalu yang menjadi ikon di laman YouTube selepas reaksi terkejutnya mendapat hadiah perjalanan ke Disneyland oleh ibu bapanya menarik minat banyak tontonan.

Video Lily bertarikh 13 Oktober 2011 kini sejak mula dimuatnaik sehingga kini sudah ditonton sebanyak 13,051,481 kali ketika itu Lily berusia enam tahun.

Lily dipaparkan menangis selepas diberitahu ibunya bahawa mereka akan membawanya ke taman tema kanak-kanak Disneyland sempena hari lahirnya.

Kini selepas dua tahun, ibu dan ayah Lily sekali lagi memberikan hadiah yang sama sempena hari lahirnya yang ke-lapan.

Ibu bapanya mengatakan bahawa dia perlu ke sekolah pada hari itu tetapi kemudian tidak menghantarnya ke sekolah sebaliknya terus ke Disneyland yang membuatkan Lily sekali lagi memberikan reaksi yang sama seperti dua tahun lalu.

Apabila mendapat tahu sekali lagi Lily akan ke Disney selama dua hari, Lily menangis sekali lagi dalam air mata kegembiraan cuma kali ini reaksi adiknya Chloe yang pada video pertama ketika itu masih bayi begitu melucukan.

Chloe seperti keliru dan tertanya-tanya dalam keadaan tidak faham akan drama air mata yang sedang berlaku di dalam kereta ibu bapanya.

Video itu dimuatnaik pada 12 September lepas kini sudah pun ditonton sebanyak 496,669 kali.


Video Surprise 2013


Video Surprise 2011

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!