Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan

Selasa, 31 Desember 2013

NOR HASLINDA (kanan) dan sepupunya berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen, Kuala Pilah semalam./ KOSMO
 KUALA PILAH - Perbuatan seorang gadis berusia 17 tahun yang tergamak mengelar leher ibu sendiri dengan sebilah pisau memakan diri apabila dia dan sepupunya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan cuba membunuh wanita itu.

Bagaimanapun, gadis itu bersama sepupunya, Nor Haslinda Mohd. Yunus, 26, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi.


Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama menggelar leher seorang wanita, Azizah Isa, 50, dengan sebilah pisau sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa selepas berlaku perselisihan faham.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di depan pasar Gemencheh, Tampin dekat sini pada pukul 5.15 petang, 11 Jun lalu.


Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Tampin itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Jumat, 27 Desember 2013


PARIS – Berjuta-juta penduduk Perancis tidak melepaskan peluang menonton televisyen semalam, bagi menyaksikan seorang penyampai berita mengotakan janjinya.


Penyampai tersebut, Doria Tilier, 27, bercakap besar dan memberi cabaran bahawa dia akan berbogel jika pasukan bola sepak Perancis berjaya berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia.

Namun selepas Perancis menewaskan Ukraine 3-0 dalam playoff kedua Piala Dunia 2014 untuk mengikat kedudukan 3-2, sekali gus layak ke pusingan akhir di Brazil, Doria akhirnya terkedu.

Manakala penonton pula menuntut dia menunaikan janjinya dan mereka tidak sabar-sabar menantikan aksi tersebut apatah lagi Doria merupakan bekas seorang model.

Ini menyebabkan rating saluran televisyen Canal+  naik dengan mendadak.

Namun penonton ternyata hampa apabila aksi yang dinanti-nantikan itu tidak berlaku.

Ini kerana, Doria rupanya membuat helah.

Dia tidak berbogel sebaliknya berlari di sekeliling kawasan dengan rakaman dari jarak jauh sahaja di sebuah kawasan berhampiran Paris, iaitu Poil.

`Poil’ dalam bahasa Perancis bermaksud bogel.

Rupa-rupanya Doria bijak dan berjaya  mengenakan penontonnya.

Senin, 23 Desember 2013


KUALA LUMPUR – Penundaan Lawak Ke Der 3 kepada 5 hingga 8 Disember depan mempunyai hikmahnya kerana ia akan berlangsung pada musim cuti persekolahan yang mungkin dapat mempengaruhi penjualan tiket.

Penerbitnya Hans Isaac berkata, dalam masa yang sama ia sekali gus dapat mengumpulkan pelbagai golongan penonton untuk persembahan tersebut.

“Saya percaya tiket masih laris walaupun ditunda kerana ia bakal berlangsung pada musim cuti sekolah. Tambahan pula produk yang kita bawakan sangat bagus dengan harga tiket yang berbaloi,” katanya pada sidang media khas penundaan pementasan itu di Istana Budaya (IB) di sini pada Rabu.

Teater itu sepatutnya dipentaskan pada 3 hingga 6 Oktober ini di Istana Budaya. Ia akan dilakonkan pelawak Yus, Nabil Ahmad, Douglas Lim, Harith Iskander dan Taukey.

Sementara itu Hans berkata, penundaan itu terpaksa dilakukan bagi memberi laluan kepada acara rasmi negara bersempena lawatan Presiden China ke Malaysia pada 4 Oktober ini yang antara lain akan turut melawat Istana Budaya.

“Pada mulanya apabila menerima panggilan daripada pihak IB mengatakan Lawak Ke Der 3 perlu ditunda, saya terduduk dan kecewa.

“Tetapi apabila difikirkan balik, apa salahnya saya beri laluan kepada acara rasmi itu yang jarang-jarang diadakan,” katanya.

Dalam pada itu, disebabkan penundaan itu pihaknya di bawah NRG Enterprise memberi diskaun tiket istimewa iaitu sebanyak 20 peratus bagi mereka yang ingin menonton pada pementasan 6 Disember depan.

Tiket Lawak Ke Der 3 dijual pada harga RM46, RM96, RM176, RM196 dan RM356. Ia boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.ticket2u.biz atau boleh didapati di kaunter Box Office, Istana Budaya. – mStar
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!