Tampilkan postingan dengan label selepas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label selepas. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Maret 2014

KETIGA-tiga penjenayah mati ditembak di tempat kejadian
KUALA LUMPUR: Polis menembak mati tiga lelaki berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar di sini hari ini, lebih tiga jam selepas mereka menyamun seorang wanita di luar sebuah bank di Bayu Perdana, Klang.
Ketiga-tiga mereka yang menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam diekori sepasukan anggota Jenayah Berat (D9) Selangor sejak pukul 11.30 pagi selepas mereka melarikan wang tunai lebih RM2,000 daripada wanita itu.
Kereta itu dan sebuah lagi kereta Proton Wira hitam dilapor menghimpit di hadapan dan belakang serta menghalang laluan kereta seorang wanita yang baru keluar dari bank sebelum sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki menghampiri dan memecahkan cermin kereta wanita itu.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata kumpulan lelaki terbabit kemudian melarikan diri menghala ke Gombak.

Anggota polis unit forensik memeriksa salah seorang mayat suspek yang ditembak mati di Lebuhraya Duke berdekatan Plaza Tol Sentul Pasar menghala ke Gombak di Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam kejadian kira-kira 3.20 petang, pihak polis telah menembak mati tiga orang suspek kes samun yang berlaku di Klang Selatan baru-baru ini. 
“Setibanya berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar, polis cuba menahan kereta itu tetapi seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah polis dan polis membalas tembakan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Abdul Rahim berkata sebuah lagi kereta yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian samun wanita itu, ditemui ditinggalkan di tepi lebuh raya berhampiran lokasi kejadian tembak itu.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kedua-dua kenderaan itu didaftarkan atas nama rakyat Indonesia.
Tanpa mendedahkan identiti ketiga-tiga lelaki yang ditembak mati itu, Abdul Rahim berkata polis percaya kumpulan terbabit turut mempunyai kaitan dengan kejadian samun di Subang Jaya pada Isnin lepas melibatkan wang RM35,000 yang dikeluarkan untuk majlis korban.
“Kami percaya mereka adalah penjenayah yang sering melakukan jenayah samun di luar bank di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Polis kini melancarkan gerakan memburu sebuah motosikal yang terbabit dalam kejadian samun itu serta sebuah lagi Proton Wira juga berwarna hitam yang mempunyai kaitan dengan kumpulan itu.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan terbabit diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
sumber

Jumat, 27 Desember 2013


PARIS – Berjuta-juta penduduk Perancis tidak melepaskan peluang menonton televisyen semalam, bagi menyaksikan seorang penyampai berita mengotakan janjinya.


Penyampai tersebut, Doria Tilier, 27, bercakap besar dan memberi cabaran bahawa dia akan berbogel jika pasukan bola sepak Perancis berjaya berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia.

Namun selepas Perancis menewaskan Ukraine 3-0 dalam playoff kedua Piala Dunia 2014 untuk mengikat kedudukan 3-2, sekali gus layak ke pusingan akhir di Brazil, Doria akhirnya terkedu.

Manakala penonton pula menuntut dia menunaikan janjinya dan mereka tidak sabar-sabar menantikan aksi tersebut apatah lagi Doria merupakan bekas seorang model.

Ini menyebabkan rating saluran televisyen Canal+  naik dengan mendadak.

Namun penonton ternyata hampa apabila aksi yang dinanti-nantikan itu tidak berlaku.

Ini kerana, Doria rupanya membuat helah.

Dia tidak berbogel sebaliknya berlari di sekeliling kawasan dengan rakaman dari jarak jauh sahaja di sebuah kawasan berhampiran Paris, iaitu Poil.

`Poil’ dalam bahasa Perancis bermaksud bogel.

Rupa-rupanya Doria bijak dan berjaya  mengenakan penontonnya.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!