Senin, 11 Agustus 2014



Dibimbangi Bumi musnah

GENEVA - Sekumpulan saintis tajaan Pertubuhan Eropah Bagi Penyelidikan Nuklear (CERN) akan melancarkan satu eksperimen yang dibimbangi boleh memusnahkan dunia.
Eksperimen paling kompleks itu bertempat di dalam sebuah terowong sepanjang 27 kilometer dan pada kedalaman 100 meter di bawah permukaan Bumi di sempadan Perancis-Switzerland.
Ia cuba mengulangi teori Letupan Besar atau Big Bang yang menurut sains, membawa kepada pembentukan alam semesta.
Eksperimen mega disifatkan sukar dan berbahaya yang dibiayai CERN itu mendapat lampu hijau selepas persediaan hampir dua dekad dengan menelan belanja AS$10 bilion (RM34.3 bilion).
Ia memerlukan kepakaran sekumpulan 5,000 saintis, jurutera dan juruteknik dari kira-kira 36 buah negara yang berusaha memasti-kan eksperimen itu berjaya dilakukan.


BEBERAPA saintis melihat skrin komputer di pusat kawalan Pertubuhan Eropah Bagi Penyelidikan Nuklear (CERN) di Geneva pada Rabu lalu.


Sekumpulan saintis yang menyediakan mesin pemecut jirim terbesar dikenali sebagai Large Hadron Collider (LHC) itu turut menerima ancaman bunuh.
Menurut sebuah akhbar semalam, ancaman bunuh itu dihantar oleh sekumpulan pengkritik yang bimbang eksperimen tersebut mampu memusnahkan dunia.
Eksperimen yang menggunakan mesin itu akan memecut partikel proton hampir menyamai kelajuan cahaya bersamaan 186,282.397 batu sesaat.
Partikel tadi akan dihentam dengan partikel lain yang mengtinjauankan satu letupan amat kuat mirip Big Bang.
Apabila pertembungan itu berlaku, saintis-saintis berharap ia dapat mengtinjauankan semula keadaan ketika detik permulaan selepas Big Bang iaitu semasa alam semesta mula terbentuk.


TEROWONG yang menempatkan mesin pemecut jirim.


Bagi memastikan semua aspek berhubung letupan itu dipantau dan dirakam, 60,000 buah komputer akan digunakan.
"Ia akan menganalisis eksperimen itu seperti sebuah kamera digital gergasi berkapasiti 150 juta piksel dan berupaya merakam gambar pada kelajuan 600 juta kali sesaat," kata Ketua Eksperimen CERN, Ian Bird.
"Kami sedang membuka sempadan baru dalam bidang sains. Bagaimanapun, teknologi, kaedah dan keputusan eksperimen itu akan diaplikasi dalam bidang industri," kata penyelia rangkaian komputer itu, Ruth Pordes.
Menurut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku satu letupan yang kuat pada 10 hingga 20 bilion tahun dahulu.
Hasil daripada letupan yang dinamakan Big Bang itu berlaku proses pengembangan serta mewujudkan angkasa lepas, galaksi, matahari dan seumpamanya.
Teori ini pada asalnya diutarakan oleh Albert Einstein dan dimajukan oleh pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann.
Walaupun projek CERN itu dipercayai bermanfaat kepada tamadun manusia, sekumpulan saintis telah memfailkan saman di Mahkamah Hak-Hak Asasi Manusia Eropah bagi menghalangnya.
Mereka bimbang projek CERN mengtinjauankan letupan di luar kawalan yang dibimbangi lebih kuat daripada bom nuklear dan boleh mendatangkan kemusnahan pada skala global.


BULATAN ini menunjukkan lokasi terowong bawah tanah yang menempatkan mesin pemecut jirim terbesar di dunia di sempadan Perancis-Switzerland.


Bagaimanapun, seorang profesor di Universiti Manchester yang turut terlibat dengan projek CERN, Brian Cox berkata, kebimbangan berhubung eksperimen itu adalah tidak berasas.
"Sesiapa yang berfikir bahawa mesin itu akan memusnahkan dunia adalah mengarut," katanya.
Namun, bahaya mesin itu masih dianggap satu realiti kerana tiada siapa yang tahu secara terperinci sekuat mana tenaga yang ditinjauankan apabila jirim proton dalam sesuatu atom dimusnahkan. - Agensi

Saksikan video berikut,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!