Tampilkan postingan dengan label senjata. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label senjata. Tampilkan semua postingan

Kamis, 27 Februari 2014


Bekas pemandu teksi Chew Siang Chee, 45 tahun, yang dikenalpasti sebagai individu yang membantu membawa suspek utama pembunuhan Pengasas Ambank Allahyarham Hussain Ahmad Najadi melarikan diri dari lokasi jenayah, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan memiliki sepucuk pistol dan empat butir peluru hidup secara haram.

Chew mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan itu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kondominium Desa Cindaimas pada 3 Ogos lepas pada pukul 5.45 petang.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjarakan maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang dari kali di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Bagi kesalahan memiliki peluru pula, tertuduh boleh dipenjara sehingga maksimum tujuh tahun dan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya dibawah Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960.

Hakim Mahkamah Sesyen Azwarnida Afandi tidak membenarkan Chew diikat jamin untuk tuduhan pertama kerana seksyen berkenaan tidak memperuntukkan sebarang ikat jamin.

Hussain Ahmad, maut ditembak manakala isterinya Cheong Mei Kuen, 49 tahun cedera selepas seorang lelaki menembak mereka di sebuah ruang letak kereta di luar Tokong Kuan Ying di Jalan Ceylon di ibu negara 29 Julai lalu. – Mynewshub.my

Sumber rujukan : The Star Online

Minggu, 23 Februari 2014


Polis China dari 150 bandar memusnahkan lebih 100 000 senjata haram secara bersepadu seluruh China sebagai langkah menunjukkan mereka serius dalam menangani masalah jenayah negara tersebut. Selain dari pistol dan senapang, 250 tan bahan letupan yang dirampas dari organisasi jenayah turut dilupuskan. Polis juga mendakwa senjata yang dimusnahkan ini dirampas dari 180 geng penjenayaha dah 7800 suspek. Ini membawakan penurunan jenayah menggunakan senjata sebanyak 46 peratus di seluruh tanah besar. Wah! Ini memang pemusnahan secara pukal. Di Malaysia jarang kita nampak senjata berat dirampas polis. Kalau ada kes samun yang kita nampak kebanyakkannya parang dan paip besi. Untunglah Malaysia negara aman tiada jenayah berleluasa. Bukti kerajaan Barisan Nasional dengan kerjasama PDRM lebih bijak menangani masalah jenayah berbanding negara komunis China. Malaysia boleh. Keamanan milik Malaysia. Indonesia jangan nak merampas!








Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!