Bekas pemandu teksi Chew Siang Chee, 45 tahun, yang dikenalpasti sebagai individu yang membantu membawa suspek utama pembunuhan Pengasas Ambank Allahyarham Hussain Ahmad Najadi melarikan diri dari lokasi jenayah, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan memiliki sepucuk pistol dan empat butir peluru hidup secara haram.
Chew mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan itu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kondominium Desa Cindaimas pada 3 Ogos lepas pada pukul 5.45 petang.
Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjarakan maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang dari kali di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Bagi kesalahan memiliki peluru pula, tertuduh boleh dipenjara sehingga maksimum tujuh tahun dan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya dibawah Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960.
Hakim Mahkamah Sesyen Azwarnida Afandi tidak membenarkan Chew diikat jamin untuk tuduhan pertama kerana seksyen berkenaan tidak memperuntukkan sebarang ikat jamin.
Hussain Ahmad, maut ditembak manakala isterinya Cheong Mei Kuen, 49 tahun cedera selepas seorang lelaki menembak mereka di sebuah ruang letak kereta di luar Tokong Kuan Ying di Jalan Ceylon di ibu negara 29 Julai lalu. – Mynewshub.my
Sumber rujukan : The Star Online
0 komentar:
Posting Komentar