Cara terbaik untuk mengubah persepsi silap terhadap Islam adalah mengamalkan ajaran ini dengan cara sebenar. Apabila Islam diamalkan mengikut lunas yang betul, pasti terserlah akhlak mulia yang sepatutnya ada pada diri setiap muslim.
Sebagai contoh, tindakan seorang hamba Allah yang bermurah hati memberikan sumbangan kepada seorang gadis Punjabi yang dikenali sebagai Shashmintha Kaur. Tindakan lelaki ini membuatkan gadis berkenaan tersentuh lalu mengepos tentang hal ini di Facebook sebagai tanda penghargaan.
Menurut Shashmintha di laman Handphone Secondhand, dia telah memuat naik status mahu menolak telefon bimbitnya bagi membeli buku Law berharga RM150 di situ.
Tetapi seorang ‘encik’ telah memberikan’private message’ kepadanya supaya jangan menjual telefon bimbit demi membeli buku kerana dia akan membantu apa yang dia terdaya memandangkan ilmu sangat penting.
Tanpa percaya sepenuhnya, Shashmintha memberikan nombor akaun banknya dan ternyata lelaki itu tidak berbohong apabila sejumlah RM130 dimasukkan bagi tujuan tersebut.
Berasakan hal itu sesuatu yang pelik dan menyentuh hatinya, Shashmintha lantas mengepos status penghargaan yang antaranya tertulis: ‘Saya rasa ganjil. Beliau telah menukarkan reputasi (persepsi) saya terhadap orang Melayu dan Islam. Terima kasih En. X. When u did this on fasting month it makes me to love all our Malaysian. Really amazing!
Syukurlah, di saat ada isu yang menggoncang prejudis sesama kaum dalam keadaan sekarang, masih ada yang menikmati semangat muhibah di negara ini.
Tahniah En X. Semoga Allah merahmati anda!
Oleh: REM RAMZI
0 komentar:
Posting Komentar