Kartunis Zunar telah menghadiahkan buku terbarunya - Pirates of the Carry-BN - kepada tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam mengisytiharkan rampasan bukunya sah di sisi undang-undang.
Dalam kenyataannya semalam, Zunar berharap hadiah itu akan membantu hakim-hakim berkenaan memahami kartun politik.
Mereka adalah Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff, dan Datuk David Wong Dak Wah.
"Saya menghantar sendiri buku tersebut di kaunter pendaftaran Istana Kehakiman di Putrajaya pagi kelmarin.
"Saya berharap hakim-hakim tersebut akan membaca buku itu dan akan lebih memahami kartun dan peranan kartunis politik dalam negara demokrasi," katanya.
Zunar turut mencoret pesanan khas buat ketiga-tiga hakim yang mendengar kesnya itu:
"Hakim Abdul Aziz, Arif dan David Wong...
"Pada 1 November 2013, anda telah membuat penghakiman bahawa pihak polis mempunyai hak untuk menangkap saya di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan buku Cartoon-O-Phobia pada September 2010.
"Tolong baca buku ini dan anda akan dapati bahawa Melukis Kartun bukanlah Jenayah!!!"
Pada 24 September 2010, polis menyerbu pejabat Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque di Brickfields Kuala Lumpur, beberapa jam sebelum pelancaran buku Cartoon-o-phobia.
60 naskhah buku itu bersama dua kolaj bersaiz A2 memaparkan perdana menteri dan isterinya dirampas polis.
Beliau sendiri dibawa ke enam balai polis dalam masa semalaman sebelum dibebaskan pada keesokan harinya selepas ditahan semalaman di lokap Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Zunar kemudian menyaman pegawai yang menahannya, pegawai penyiasat kes itu, bekas ketua polis Tan Sri Ismail Omar, kementerian dalam negeri serta kerajaan atas dakwaan menahannya secara tidak sah.
Mereka yang ingin membeli buku terbaru itu serta ditandatangani oleh Zunar boleh mengunjungi gerainya hari ini, yang terletak bertentangan dengan My Hotel, Brickfields dan di belakang bangunan YMCA antara pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Buku ini juga boleh dibeli secara online dari lamanweb Zunar.

0 komentar:
Posting Komentar